Sunday 11 December 2011

penggunaan perisian dalam subjek Sejarah

1) Penggunaan ICT dalam subjek Sejarah
Mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru tulisan ini cuba mengetengahkan bagaimana aspek ICT boleh digunakan sebagai bahan untuk P&P sejarah. P&P sejarah boleh menggunakan empat teknik iaitu teknik  tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. P&P Keempat-empat teknik ini boleh menggunakan Kaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesan perkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P&P turut memberikan kesan  dan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan tempias globalisasi, keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasa Melayu, Isu latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara di Eropah menunjukkan P&P menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancang dengan teliti untuk mengelak mata pelajaran sejarah menjadi Sejarah ICT dan bukannya ICT dalam P&P Sejarah.
http://green007.wordpress.com/category/sejarah/

2) penggunaan aplikasi forum internet dan kaedah jigsaw dalam pembelajaran berkesan Sejarah tingkatan enam

 Matapelajaran  sejarah merupakan matapelajaran yang kurang digemari oleh pelajar dan seringkali dianggap subjek kaku yang membosankan. Justeru kepentingan menanamkan semangat cintakan Negara dan aspek integrasi antara kaum maka sangat penting maka wajar kaedah pembelajaran berkesan dicuba untuk meningkatkan pencapaian dan secara tidak langsung menghasilkan pelajar yang bertanggungjwab kepada Negara. Kajian ini adalah mengintegrasikan kaedah forum internet dan pengubahsuaian Kaedah Jigsaw Aronson sebagai kaedah pengajaran berkesan sejarah. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuanitatif untuk melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian selepas Kaedah Jigsaw dijalankan. Kajian diandaikan akan menghasilkan kesan yang siginfikan iaitu Kaedah Jigsaw dengan integrasi forum internet berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sejarah. Pelajar turut dilihat lebih positif dalam menjalankan tanggungjawab iaitu lebih berkeyakinan dalam pengucapan awam, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan rakan daripada bangsa yang berlainan.
3) EFEKTIFITAS PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN SIRAH NABAWIYAH
Kemajuan umat Islam dapat dicapai melalui penataan  pendidikan yang baik. Upaya peningkatan mutu pendidikan harus dilakukan secara menyeluruh. Baik aspek moral, akhlak, budi pekerti, perilaku, pengetahuan, kesehatan dan ketrampilan. Pengembangan aspek-aspek tersebut bermuara pada peningkatan dan pengembangan kecakapan hidup yang diwujudkan melalui pencapaian kompetensi peserta didik untuk bertahan hidup, menyesuaikan diri, dan berhasil di masa datang. Dengan demikian, peserta didik memiliki ketangguhan, kemandirian dan jati diri yang dikembangkan melalui pembelajaran dan atau pelatihan yang dilakukan secara bertahap dan berkesinambungan. Untuk mencapainya, pembaharuan di Indonesia perlu terus dilakukan untuk menciptakan dunia pendidikan  yang adaptif terhadap perubahan zaman


No comments:

Post a Comment